Wednesday, December 19, 2007

Ex Student (SPM 2006)

Dah lama rasanya aku tak updatekan entry untuk blog aku ni. Nak kata sibuk tidak juga. Cuma malas je... Sehinggalah hari ni bila ex student aku datang tuk menziarahi aku. Mmmm rasa bangga gak bila ada ex student yang masih ingat kan kita.. Yelah dalam beribu-ribu org yang cikgu mcm aku ni didik, boleh di bilang dengan jari berapa ramai yang masih ingat dengan cikgu masing2. Tapi aku ni antara cikgu yang beruntung gaklah, sbb ramai gak ex student aku yang masih lagi ingat kat aku. Maybe cara pendekatan yang aku gunakan selama ni. Yelah budak2 sekarang. Perlukan pendekatan secara psikologi yang betul. Alhamdulillah budak2 ni senang dilentur dan dinasihat.


Ex student aku yang datang ni semuanya duk Kuarters Airport Senai. 4 orang masih belajar, seorang sedang plan tuk belajar dan yang sorang lagi memang dah taknak belajar. Dua orang dari mereka ni merupakan best student tuk subjek aku. 1A SPM tuk Pendidikan Seni Visual 2006.




Dari kiri ialah Sufi (Suhaifi), Acek (Fareez) dan Iwan (Ridzwan)... Sufi nilah yang dah taknak sambung belajar lagi. Dah x minat katanya.... Dia sekarang bekerja dalam bidang perhotelan. Si Acek ni plak dalam plan tuk sambung belajar as a jurutera tuk kapal terbang. Dia nilah yang dapat offer tuk further study kat USA dalam bidang kejuruteraan kapal terbang. Semua perbelanjaannya ditanggung oleh majikan selama 3 tahun. Gaji yang akan dia peroleh setelah tamat pengajian ialah 10K US dolar sebulan.... tapi sayangnyer dia tolak sebab takut tuk merantau seorang diri ke negara orang. Iman x kuat katanya. So dia akan further kat dalam Malaysia. Tp gaji tetap lumayan. Basic RM2000. Elaun RM5000++... Yang Iwan ni plak kepala paling semberono. Sekarang ni balajar kat IKM Kuala lumpur dalam bidang elektrikal. Gila bola budak ni... sampai nak kena pow masih guna teknik2 bermain bola tuk lepaskan diri.



Yang ni plak dari kiri Zulhasni, Hazwan dan Amal.. Zul ni je yang masih bersekolah dalam tingkatan 5 Teknik 3. Sekelas ngan anak angkat aku. Hazwan ni plak masih belajar kat Universiti Teknologi Malaysia. Course apa lupa plak aku. Amal ni pun masih study kat Politeknik Merlimau Melaka dalam bidang yang ada kaitan ngan elektrik jugaler....




Seronok rasanya bila tengok anak-anak murid yang rapat2 ngan aku mempunyai hala tujuan hidup masing2. Rasa puas menjadi seorang guru. Bukan minta tuk di balas, tapi kata orang cukup sekadar diingati dan dihargai. Diorang ni antara segelintir anak2 murid aku yang tahu akan hala tuju hidup masing. Ada gak anak murid aku yang dulu macam penagih lagak dan perangai... tapi Alhamdulillah kini dah menjadi lelaki yang berguna... Bekerja sebagai perajurit negara dan esok sempena Hari Raya Aidiladha dia akan mengikat tali pertunangan dengan seorang jururawat... Untuk Tuan Saiful bin Tuan Hamizan, saya ucapkan selamat bertunang. Dan untuk semua, Selamat Hari Raya Aidiladha.... Semoga pengorbanan yang anda semua lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara.