Saturday, June 28, 2008

Bengkel KRSV (28/06/08)

Yang tengah asyik duk posing mengukir ni Syed namanya..
Tengoklah bebudak sekolah sekarang... buat apa pun, handphone mesti kat sebelah.
Mengalahkan businessman
Dua daripada tiga ukiran si syed ni. Huruf T dah hampir nak siap.
Huruf V plak tinggal wat silat.

Nilah plak hasil kerja ukiran si Combel (Arif Syafiq). Mula paling lmbat, tapi paling cepat siap.
Hasilnya, not bad gak.. kalu motifnya lebih 'detail' gerenti meletup work budak ni.

Dari sudut pandangan depan. 5T3 tu sebenarnya dah siap. Tinggal lagi lps sume org puji ukiran dia cantik, si combel ni teruja nak wat papan latar dia pun, siap berukir. Suka hati ko lah nak...

Hasil papan tanda yang simple... Janji siap. Cuma yang hijau tu aku nak kena suh dia kemaskan lagi supaya lebih nampak menarik. Maybe tambahkan motif tuk background.

Siap pun papan tanda yg gempaq ni.... tp boleh tahanlah, walau xlah gempaq mana pun
Well done Ain.

Tengok.. sungguh komited budak ni hinggakan siap bawak anak saudara sekali datang kelas....
kelesssss gitew..

Wah..! gotong royong gitu... Si baju putih ni nyebuk je membantu (menjahanamkan) artwork rerakan. Bukannya amik seni pun. Hahaha...

Ni sekumpulan lagi budak-budak perempuan india. Yang ni kelas hujung sekali. Treatment pun kena lain skit. Pening aku.....

Sibuk mengemaskinikan catan pada papan tanda.

Ni artwork Eqa, sambil diperhatikan Farahana dengan berlagaknya, sebab dialah yang paling awal sekali siap. Ingat Ana, Folio ko x lengkap lagi. Jgn nak berlagak lebih ye.


Friday, June 27, 2008

Cilok Mencilok ke Bilik Seni

Saat dateline penghantaran KRSV semakin hampir, semakin popular bilik seni aku. Pantang nampak pintu bilik tu terbuka, ada je muka-muka seposen yang menjengah tanya itu dan ini. Nak lukis itu, nak warna ini, nak pinjam itu, dan nak guna ini. Yang lebih bestnyer, ada yang sanggup ponteng kelas semata-mata nak jumpa aku... wah perasaan gila.

Dahlah tu cilok sana cilok sini elak jumpa guru disiplin... Last2 aku yg kena selamatkan diorang dengan kurung diorang dalam bilik seni siap mangga lagi dari luar(Kalu terbakar rentung mereka2 itu). Pendek kata, aku xde waktu senggang tuk diri sendiri. X aman betul hidup saat2 ni. Saat keinsafanlah tu kononnya... Tapi saat2 penderitaan dan penyeksaan bagi aku cikgu diorang.....


Amoi ni baru nak lukis atas papan... manalah tak jadi tarzan aku ni.

Tgklah tu kajian warna pun xde lg. Bantai jelah budak.... janji ko siap

Ni plak heroin-heroin masa depan filem tamil.... xpelah jugak, diorang ni rajin.
Tapi jenuhlah kena comment je work diorang.



Monday, June 23, 2008

Kelas KRSV (23/06/08)

Tiga dara pingitan... masa ketawa, ketawalah... nanti kang aku dah mula comment work korang, tahulah sumbat telinga memasing.
Kena touch up balik movement hijau tu, sebab warna bercapuk.
Bilik seni kecik je, so atas lantai pun jadilah... saya yang menurut perintah.

Kemasan terakhir sebelum di sembur guna 'spray clear'. Line2 movement yang berwarna putih tu nanti akan dikemaskan dengan penggunaan marker hitam.

Tengoklah betapa bersepainya keadaan laman bilik seni aku. Mcm kapal pecah. Matilah nanti kena komplen ngan Nyonya tua (pengetua)....

Gempaq giler papan tanda budak ni.. Huhuhu. Kalau dah siap lagi gempaq.
Cheh... jgn nak perasan budak.





Saturday, June 21, 2008

Bengkel KRSV 2008

Sekarang ni dah masuk penghujung bulan Jun. Aku pasti ramai di kalangan guru-guru Pend. Seni Visual (PSV) di seluruh Malaysia tengah bertungkus lumus memerah keringat dan idea untuk memastikan anak-anak murid menyiapkan kerja kursus masing-masing. Maklumlah, kalau ikut 4 tahun pengalaman aku menguruskan kerja kursus seni ni, pentaksiran akan dijalankan pada pertengahan Julai.
Memang tengah tidak keruan hidup. Termasuklah aku ni... Tahun ni sahaja calon sekolah aku sejumlah 142 orang dan di uruskan oleh aku seorang. Kalu sebelum ni aku berdua, tp lepas member baik aku berpindah ke Perak, tinggallah aku seorang terkontang-kanting. Terpaksa mengejar hantu-hantu berkepala hitam yang bertopengkan remaja bawah umur. Yang peliknya hantu-hantu ni tak menakutkan, tapi pemalas. Muka je harap lawa.. belajar hampeh. Tapi biasalah, benda-benda ni dah jadi rutin bagi aku, pening-pening pun masih happy.
Atas kesedaran tuk menyiapkan kerja kursus, hari ni sehari aku mengadakan bengkel KRSV peringkat sekolah. Dari kul 9 pagi hingga 5 petang. Tengahari pun makan roti sandwich je. Kalau ikut kehadiran, kesemua calon aku wajibkan hadir. Tapi alangkah bahagianya hidup aku sebagai cikgu seni yang mengajar kelas-kelas belakang ni. X sampai 20 orang pun yang hadir.... hahaha. Satu usaha yang bleh dianggap berjaya. Tapi at least adalah budak-budak ni yang hampir nak siap... Sedap gak mata dan lapang gak dada. Kat sini aku uploadkan beberapa gambar sepanjang bengkel hari ni....

Ni antara budak aku yang rajin. Biasalah budak perempuankan.. Tapi dengan aku, hati kenalah sentiasa tahan kutukan dan celaan. Aku ni mulut je agak jahat, tapi niat tuk kebaikan diorang gak..

Ni sorang lagi budak yang sentiasa panas telinga ngan aku. Tapi antara favourite tuk dapat score A.
Insya Allah...

Ni plak budak-budak lelaki yang berani menyahut cabaran aku tuk wat soalan ukiran kayu. Tp x berapa bijak mengurus masa. Tgh sibuk mengukirlah tu....


Ni plak budak-budak lelaki terhegeh-hegeh baru nak potong reka bentuk papan tanda.
Cat putih pun lum lagi. Tu yang buat tensen tu.







Friday, June 6, 2008

Cikgu Kembali

Assalamulaikum wbt.... dah lama sangat rasanya saya tidak updatekan blog saya ni. Kali terakhir pada bulan 12 tahun lepas. Bukannya apa, sibuk sangat ngan kerja-kerja sekolah yang tidak pernah sudahnya. Hari ni tergerak balik tuk menulis kat sini bila tengok blog yang dihasilkan anak murid sendiri.

Blog tu taklah ada yang menarik sangat, cuma ada beberapa artikel di dalam blog tu yang ditujukan khas untuk bekas cikgu-cikgu mereka, termasuklah saya sendiri. Terharu gak bila saya baca.... Terutama bila ada di antara mereka yang memohon maaf secara terbuka kepada saya tentang satu kes salah laku yang mereka lakukan hingga hampir menjadi kes polis. Kes tersebut berkait rapat dengan saya sebab ketika kejadian berlaku, mereka berada di bawah seliaan saya. Malu memanglah malu, tapi nasi dah menjadi bubur... Cuma masa tu sebagai balasan atas perbuatan diorang, saya sebarkan berita yang saya di arahkan berpindah serta merta akibat dari kes tersebut. Apa lagi, gelabah beruk budak-budak seni yang lain. Sayang juga mereka ni kat saya. Hahaha......

Tapi tu semua cerita 2 tahun yang lalu. Mereka pun semua dah makin matang dalam berfikir. Ada diantara mereka ni yang dah pun sambung belajar dalam bidang-bidang kemahiran yang mereka minati. Alhamdulillah... Buat Nanin, Sajan, Lebai, Sepet dan Haziq... saya dah lama maafkan anda semua... buat amir wagiman, bunga bukan sekuntum.... janganlah persiakan masa depan dengan cinta yang tak pasti. Dan untuk murid-murid PSV SPM06, jadikan semua pengalaman pahit manis di zaman persekolahan sebagai satu kenangan dan pengajaran yang berguna untuk diri sendiri. Jangan diulang kesalahan yang sama untuk kali kedua.... Semoga anda semua maju jaya hendakNya.

Untuk Suhaifi Mahadi, salam Takziah dari saya atas kepulangan arwah ibu tersayang ke Rahmatullah. Tabahkan hati dan kuatkan Iman. Mari kita sesama sedekahkan al-Fatihah. Al-Fatihah........



Dari kiri Sufi, Acek, Zul, Arep, Shahrul, Saufi dan ..... (lupalah)
Depan Amal, Eman dan tengah-tengah tu sayalah.
Kenangan semasa beraya di rumah saya. Macam nak pecah rumah masa tu.