Wednesday, December 19, 2007

Ex Student (SPM 2006)

Dah lama rasanya aku tak updatekan entry untuk blog aku ni. Nak kata sibuk tidak juga. Cuma malas je... Sehinggalah hari ni bila ex student aku datang tuk menziarahi aku. Mmmm rasa bangga gak bila ada ex student yang masih ingat kan kita.. Yelah dalam beribu-ribu org yang cikgu mcm aku ni didik, boleh di bilang dengan jari berapa ramai yang masih ingat dengan cikgu masing2. Tapi aku ni antara cikgu yang beruntung gaklah, sbb ramai gak ex student aku yang masih lagi ingat kat aku. Maybe cara pendekatan yang aku gunakan selama ni. Yelah budak2 sekarang. Perlukan pendekatan secara psikologi yang betul. Alhamdulillah budak2 ni senang dilentur dan dinasihat.


Ex student aku yang datang ni semuanya duk Kuarters Airport Senai. 4 orang masih belajar, seorang sedang plan tuk belajar dan yang sorang lagi memang dah taknak belajar. Dua orang dari mereka ni merupakan best student tuk subjek aku. 1A SPM tuk Pendidikan Seni Visual 2006.




Dari kiri ialah Sufi (Suhaifi), Acek (Fareez) dan Iwan (Ridzwan)... Sufi nilah yang dah taknak sambung belajar lagi. Dah x minat katanya.... Dia sekarang bekerja dalam bidang perhotelan. Si Acek ni plak dalam plan tuk sambung belajar as a jurutera tuk kapal terbang. Dia nilah yang dapat offer tuk further study kat USA dalam bidang kejuruteraan kapal terbang. Semua perbelanjaannya ditanggung oleh majikan selama 3 tahun. Gaji yang akan dia peroleh setelah tamat pengajian ialah 10K US dolar sebulan.... tapi sayangnyer dia tolak sebab takut tuk merantau seorang diri ke negara orang. Iman x kuat katanya. So dia akan further kat dalam Malaysia. Tp gaji tetap lumayan. Basic RM2000. Elaun RM5000++... Yang Iwan ni plak kepala paling semberono. Sekarang ni balajar kat IKM Kuala lumpur dalam bidang elektrikal. Gila bola budak ni... sampai nak kena pow masih guna teknik2 bermain bola tuk lepaskan diri.



Yang ni plak dari kiri Zulhasni, Hazwan dan Amal.. Zul ni je yang masih bersekolah dalam tingkatan 5 Teknik 3. Sekelas ngan anak angkat aku. Hazwan ni plak masih belajar kat Universiti Teknologi Malaysia. Course apa lupa plak aku. Amal ni pun masih study kat Politeknik Merlimau Melaka dalam bidang yang ada kaitan ngan elektrik jugaler....




Seronok rasanya bila tengok anak-anak murid yang rapat2 ngan aku mempunyai hala tujuan hidup masing2. Rasa puas menjadi seorang guru. Bukan minta tuk di balas, tapi kata orang cukup sekadar diingati dan dihargai. Diorang ni antara segelintir anak2 murid aku yang tahu akan hala tuju hidup masing. Ada gak anak murid aku yang dulu macam penagih lagak dan perangai... tapi Alhamdulillah kini dah menjadi lelaki yang berguna... Bekerja sebagai perajurit negara dan esok sempena Hari Raya Aidiladha dia akan mengikat tali pertunangan dengan seorang jururawat... Untuk Tuan Saiful bin Tuan Hamizan, saya ucapkan selamat bertunang. Dan untuk semua, Selamat Hari Raya Aidiladha.... Semoga pengorbanan yang anda semua lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara.

Tuesday, November 27, 2007

Birthday gift dari Jusco

Hari ni aku ke sekolah jap. Nak nganto perancangan strategik tahun 2008 kat GPK Kurikulum Hjh Norsiah bt Othman. Ketua Panitialah katakan. Huhuhu. Tup-tup ada lagi problem.... dahlah ngantor yang paling lambat. Org lain sume dah nganto sebelum cuti sekolah. Salah lagi. Tp at least aku org first yang buat ikut format baru. (Bangga diri ni). Then aku ngantor sekali soft copynyer.... org lain sume anto guna disket. 4 segi. Aku sorang je yang guna cd. Pening kepala dibuatnya GPK aku tu... Baru tau kerja ngan cikgu seni ala-ala kepala gonjeng cam aku ni. Cam anak-anak murid aku gak perangai.


Lebih kurang kul 1 aku terus pi Maybank kat Senai Utama bayar ansuran kete. Then terus ke SMK Kota Kulai tempat aku jaga pekse. Hari ni Ekonomi Asas paper 2. Ingat dulu masa SPM. Aku amik gak paper ni. Xde ler terer sgt. Tp oklah dapat 4B. Mula kul 2 habis kul 4. Habis paper, aku terus balik umah. Sesampai kat umah aku dapat Birthday card dari Jusco as a card member. Awalnya dia bg.. Birthday aku lebih kurang sebulan lagi. Tp oklah kan, org dah bg. Kat dalam kad tu adalah disertakan beberapa voucher as a hadiah. Mmmm memang menarik.... terutama voucher makan n tiket wayang. Confirm lepas habis jaga pekse minggu depan aku serbu Jusco Tebrau City.... Aku nak enjoyyyyyy.........








Sunday, November 25, 2007

Siap.........!

Akhirnya dapat gak aku siapkan lukisan perspektif tuk pelan lanskap seperti yang diminta oleh tokey ODA nursery & landscape si Mafis tu. Walaupun banyak di bebani dengan aktiviti-aktiviti saringan yang lain seperti melepak ngan kawan n anak murid, melayan tourist dari Jepun yang menginap kat umah aku dan kelas tambahan tuk kertas 2611/2 Pend. Seni Visual SPM 2007.

Hasilnya xlah bagus sgt, sbb rasanya ada yg salah part perspektif tu, tp oklah gak hasilnya. Atas paper xler nampak sgt kesalahan tu. Bila dah masukkan dalam komputer ni baru nampak ada yg senget.... seperti yang telah aku beritahu, idea ni bukan dtg dari aku. Dari tokey ODA nursery & landscape. Aku cuma visualizer je yang menterjemahkan idea si Mafis ni kepada gambaran secara visual.... Amik upah je beb. Dia tokey.


Pandangan dari hadapan pagar rumah

Pandangan halaman depan rumah


Pandangan sudut halaman tepi rumah




Thursday, November 22, 2007

Job Baru

Hari ni terasa sangat boringnyer jaga peksa paper Chemistry.... Sampai 3 paper tu x tahan. Nak-nak paper waktu petang... pergh memang mengalir berlinangan air mata aku. Dlm tengah sangap ntah yg ke berapa ratus kali, berpuluh biji gula2 dah aku makan (kencing manislah aku gamaknye nanti) Mafis tokey ODA nursery n lanskap menelefon aku. Dia ni suami kepada kawan satelit aku yang tengah cuti bersalin skrg ni. Kalu dia ni dah call, dah tentu2 nak bagi aku job.

Sebenarnya aku adalah menolong-nolong dia ni buat pelan lanskap. Nak kata pandai sgt tu idakler. Belajar pun x pernah. Tp adalah ilmu sesikit terutama bila dah jadi cikgu seni ni kan. Suka ke idak dah memang bende tu ada dlm silibus. Kenalah study sikit. Bolehlah sekadar tuk membantu.... Yelah ideanya si Mafis ni ada, tp bab visualize tu yg dia lemah. So dia upahkanlah kat aku. Aku start buat bende ni baru dlm beberapa bulan. Mula-mula sekali projek taman tuk kilang NSTP Senai. Dia puas hati, tokey NSTP puas hati, tokey kepada tokey NSTP pun puas hati..... maka berlanjutanlah sampai sekarang.

View dr dalam pusat operasi ODA nursery
Projek terbaru yang dia bagi kat aku ialah lanskap tuk sebuah rumah kat bandar JB. Aku lupa nama taman tu. Kira perumahan glamour gak ler. Tp yg x berapa bestnyer dia nak dlm 3 hari. Aduhhhh..... Keje bnyk ni. Dah alang2 kat nursery Mafis ni, maka aku pun ronda2lah kawasan sekitarnya sambil membawa kamera murah aku tuk menangkap gambar...
Bonsai...


Sapa tau ni buah apa?


Ni daun bunga kipas


Ni plak perut kepada pokok keladi bunting....
Dari situlah dia dapat nama erk

Ntah bunga ke buah ni....


Mudik lalu kiambang bertaut. Sapa tau maknanye?


Beautuful right? Suka kaler pink n merah.


Nilah periuk kera. Ada gak dijual disini..

Yang kerepot nilah, periuk kera yang telah kering.
Tapi mcm pelik je kan...?


Yang ni ialah bonsai. Jgn pikir benda lain plak.











Tuesday, November 20, 2007

Jauh di Mata Dekat di Hati

Cikgu Md. Hizamuddin b. Tukiran & Cikgu Robert a/l Arumai Dhass
Sek. Men. Keb. Senai
(2004 - 2007)
Diorang ni cikgu mengajar satu sekolah ngan aku. Cikgu Hizam opsyen Pend Seni, sama ngan aku tp jd Ketua Panitia Pend Moral dan dah jadi orang panting bagi subjek Pend. Moral kat sekolah. Cikgu Robert plak Ketua Panitia EST merangkap Timbalan Penguasa Polis II di SMK Senai (Guru displinlah tu). Akhirnya diorang ni dapat gak berpindah dari SMK Senai balik ke Negeri Perak Darul Ridzuan atas sebab-sebab keluarga. Sudah pasti warga SMK Senai akan terasa kehilangan mereka berdua. Semoga korang terus sukses dalam mendidik anak-anak bangsa di tempat yang baru nanti..... Panjang umur dan murah rezeki jgnlah lupakan aku n kawan-kawan lain di sini...

Monday, November 19, 2007

Taman Rekreasi Tampok

Semalam sebenarnya aku plan nak ikut rombongan pengantin sepupu aku bertandang ke rumah pihak lelaki kat Senggarang. Tapi atas sebab-sebab yang sengaja aku buat, aku tertinggal rombongan pengantin. Semua gara-gara mengambik anak angkat aku. Tapi kata orang tu dah alang-alang kuar tu, aku merayaulah gak jalan-jalan. Kesian plak kat budak tu dah ye yerk di ajak berjalan tp tak ke mana-mana. Yelah duk umah pun bukan dapat apa.

Tempat yang dituju ke Taman Rekreasi Tampok. Menarik gak tempat tu.. dengan scenary sepanjang jalan kampung yang bersebelahan dengan sungai dan rumput menghijau.... Pastu kat muaranya plak ada hutan paya bakau dan jeti nelayan.. Ada gak binaan yang dibuat tuk pejalan kaki menikmati keunikan hidupan paya bakau ni. Well, walaupun terlepas rombongan pengantin, tp berbaloi gak bila aku dapat release tension aku pada sekolah. Nak-nak time jaga pekse ni....


Biawak yg aku jumpa on the way nak masuk area hutan paya bakau.
Besau giler.... dah mcm komodo pun ada

Pemandangan dari empangan Sungai Tampok

Laluan pejalan kaki yang panjangnye lebih kurang 1 kilometer

Pemandangan dari laluan pejalan kaki pelawat
Aku panggil ikan tembakul..... sedang lepak secara confident di atas
daun-daun rumput yang terapung
Nilah dia namanya bunga pokok nipah

Buah ni aku x tau namanya apa...

Pemandangan di jeti nelayan

Salam Pembukaan

Assalamualaikum.. Sebenarnya blog ni aku buat tuk story pasal diri aku dan insan2 istimewa yg sentiasa mewarnai potret kehidupan aku. Sebelum ini aku uruskan blog yg story pasal kengkawan aku masa study kat UiTM Melaka dulu. Tapi ada gak kengkawan aku yg suruh story pasal diri aku gak. So terhasillah cikgubesar@blogspot.com ni. Bukan apa2 sangat pun.... masih belajar. Takdelah sehebat blog-blog lain kot... but i'll try my best tuk meriahkan blog aku ni.. tunggu ye...