Sebenarnya dah takde bahan yg aku nak uploadkan sebagai entry baru. Kamera ada problem skit. Tetiba teringat plak kat CD gambar semasa aku membawa budak-budak kelab aku Kelab Seni Kreatif & Pelayang (SKIP) menyertai Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang kali ke 12 2007 tahun lepas. Well aku sebagai guru penasihatnya, bersama seorang PAR sekolah ( yang bermisai lebat tu ) aku antara yang bertungkus lumus tuk handle budak2 ni. Lelaki semua... faham-faham jelah. Pening sampai nak demam.
Tapi hasilnya berbaloi sangat. Sebab pada tahun lepas SKIP telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya kelab yang berjaya membolot keempat-empat gelaran Johan dalam 4 kategori kebangsaan yang dipertandingkan sepanjang 12 tahun festival diadakan... Ah tidak.... bangganya. Bukan tu sahaja, SKIP juga berjaya membawa 2 gelaran Naib Johan sekali. Dengan jumlah kemenangan keseluruhan hampir mencecah RM 2000. makan besar tu.... makan hati sekolah-sekolah lain... Untuk pengetahuan, sebanyak 35 pasukan daripada sekolah-sekolah menengah seluruh malaysia menyertai festival ni. kira not badlah kan.... ni yang buat bertambah bangga di bulan2 pose ni.
Pencapaian keseluruhan SKIP pada festival 2007
- Wau bulan naik - Johan=Muhamad Hakim b. hashim ( Anak abah )
- Layang-layang Ciptaan 2D - Johan = Zainul Zaidi b. Sinuan
- Layang-layang Ciptaan 3D - Johan = Mohd Akmal b. Mohd Noh, Naib johan= Muhammad Azan b. pangat
- Malay Kite - Johan = Azhar b. Hadzri , Naib Johan = Nasrulhaq Asyraf b. Ramli ( Anak abah )
X sempat nak buatlah. Satu je sempat buat wau baru tahun tu.
tensen sungguh.
3 layang-layang yang dipertaruhkan untuk kategori 2D
3 malay kite yang dipertaruhkan
3 layang-layang ciptaan 3D yang dipertaruhkan oleh SMK Senai
Johan bagi kategori wau bulan. Akim....! Anak abah...
Persediaan menaikkan wau bulan
Amy ngan layang-layang 2D nya. Dapat no 4 je. Apa nak buat... dah xde rezeki
Ni plak kebaya nyonya dalam kategori layang=layang 2D.
Pemainnya Zainul yg belah kiri tu. Ni pun Johan tau...
Ni Azan dengan rumah minangnya yang menjadi naib Johan. Tuk kategori ni, SMK Senai menggondol Johan dan Naib Johan gak. X bagi can tau...
Persediaan menaikkan wau bulan
Amy ngan layang-layang 2D nya. Dapat no 4 je. Apa nak buat... dah xde rezeki
Ni plak kebaya nyonya dalam kategori layang=layang 2D.
Pemainnya Zainul yg belah kiri tu. Ni pun Johan tau...
Ni Azan dengan rumah minangnya yang menjadi naib Johan. Tuk kategori ni, SMK Senai menggondol Johan dan Naib Johan gak. X bagi can tau...
yang dinobatkan sebagai Johan pertandingan
Dapat no 4 jer dr 35 pasukan yg mengambil bahagian
Ni budak yang duk ngan aku. Anak angkat aku... Dia ni dapat Naib Johan jer.
Kira kategori Malay Kite ni SMK Senai bolot Johan, Naib Johan dan Ke4.
Kira kategori Malay Kite ni SMK Senai bolot Johan, Naib Johan dan Ke4.
Akmal yg tengah2 tu. Tengok sampai pengadil pun nak interframe.. mcm mana?
Tumpang glamerlah tu...
Bergambar kenang-kenangan bersama sape yg tak nak terbang.. penat je buat.
siap berbaju batik lagi tu... keles budak2 ni
sekaligus mencipta sejarah sekolah pertama yang berjaya berbuat demikian.
Wah bangga aku sebagai guru penasihat... bangga2. kembang dah ni. Tapi...
yang bermisai lebat mcm A. Galak tu bukan aku yer... Aku x suke interframe2 ni..
pemalu.... huhuhu
7 comments:
wah bestnyerrrr
memang best
tahun 2009 nyer festival meh ler join. dia ada gak kategori tuk kelab2 kebangsaan. Org dewasanyer... tapi kena jadi ahli persatuan pelayang malaysia dululah... jomler.
tahniah..suka tengok budak-budak ada passion dalam aktiviti macam ni.
tahniah wat korg2 semua.
huhu...
kreatif inovatif anak buah CB nih...
cikgunye pun musti lebih kreatif...
aku paling suke yg singa gongxifacai tu... :)
perghhhh...dasyat la budak2 ni...design tu derg wat sendirik ke...mmg dasyat..
Post a Comment