Thursday, August 28, 2008

Kembara Kraf II 2008 : Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum W.B.T.... Mmmm dah lama gak aku tak uploadkan entry baru tuk blog ni. Sebenarnya xde bahan yang menarik. Tetiba teringat plak kat gambar-gambar masa Program Kembara Kraf 2 di Negeri Cantik Budaya Menarik Terengganu Darul Iman yang diadakan sempena cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu. Kira lawatan sambil belajarlah. Yang bangganya, ni adalah lawatan pertama yg aku kendalikan sepenuhnya dengan sokongan AJK Kelab Seni Kreatif & Pelayang yang sangat berdedikasi. Syabas tuk Afifah Mohd Nor dan Atiqah Mohd Bohari...

Walaupun banyak masalah yang dihadapi dari mula perjalanan program tapi ahli2 kelab dapat melaluinya dengan penuh rasa rendah hati dengan segala kekurangan diri. Apa tidaknya masalah komunikasi dengan pihak perkhidmatan bas. Penumpang terlebih dari tempat duduk. Sudahnya ada bebudak yg berguling atas lantai. Pastu pemandu yang lembab macam siput babi. Plan asal sampai kul 10 pagi. Tp oleh kerana kelembapan bak siput driver tersebut, maka kami sampai di Muzium Terengganu pada jam 1 tengahari..... Hangin satu badan. Pastu plak si driver bas tu buat rombongan aku ni mcm rombongan dia plak. Sesuka hati je ubah jadual ikut suka. Pastu bila sampai plak kat chalet, mmmm macam dalam hutan. tapi overall ok jelah. Yang bagusnya pantai dia memang cantik. Bolehlah budak2 tu lepaskan tensen mandi laut. Cuma chalet yang kitorang duduk tu mcm lokasi penggambaran cerita seram....

Hari kedua lagi teruk... Lepas pi tengok masjid kristal n river cruise, ingat naklah naik ke bukit puteri. Nak tengok pemandangan sekitar Kuala Terengganu. Tutup plak.... under construction. hampeh sungguh. Pastu 3 jam seronok perabihkan duit membeli belah kat pasar payang. Balik plak berkejar-kejar pi Mydin nak cari ikan tuk BBQ. Siap buat larian obor lagi. Maklumlah 3 hari sebelum SUKMA masa tu. Yg menambah azab ialah sesampai je kat chalet, AIR TAKDE..... diulangi AIR TAKDE. Ya Allah seksa betul. Masa tu bukan takat sumpah je, maki hamun, seranah pun masuk dalam kosa kata aku dan anak-anak murid aku masa tu. Dah sampai ke malam memasing x mandi.... Tapi yg peliknya kat umah tokey chalet tu ada plak. Bila aku tanya air bawah tanah. Tengkorak jambul betullah. Air tulah wat amik air semayang dan sebagainya. tapi mandi x lagi. (pengakuan berani ni yer) Bebudak x kisah sgt, diaorang bantai mandi laut. menjelang kul 10, barulah air mula ada. Tu pun kecik sgt sampai tertonggeng2 aku nak mandi guna air tu....

Tulah antara catatan malang di dalam lawatan kali ni.... bila dikenang-kenang balik, semua bebudak aku kata malang, tapi kelakar. Sebab pengalaman macam tu bukan selalu diorang dapat melainkan diorang sertai rombongan aku jer. Tu yang diorang mintak diadakan sekali lagi kembara malang tahun depan.... Mencari saat malang tapi kelakar dalam hidup diorang. Hampeh punyer budak.


Bergambar di hadapan Muzium terbesar di Malaysia
Muzium Losong Terengganu


Melawat kawasan karnival mengemping kat perkarangan Muzium.
Sedap gila emping tu.... maklumlah free


Bergambar di hadapan Masjid Kristal. nampak Jin x?
Koranglah Jinnya.....

Yang tudung pink tu Cikgu Ayu merangkap Mak Jin.


Nilah model-model iklan sabun pencuci kaki yang aku asuh. Hahaha


Pusat pembuatan kapal di Pulau Duyung


Antara pakcik yang terlibat dalam pembinaan kapal yang
bernilai beberapa juta RM je.


Aksi-aksi kelasi masa depan. Jangan kelasi lanun udahler ye nak...


Yang ni baru lanun...

Posing kat depan kapal lanun yang x siap lagi.


River cruise di Kuala Terengganu


Macam pendatang Indon naik tongkang pun ada..


Perbincangan kumpulanlah ni konon.... Cis hipokrit semata-mata budak ni.
Berlakon je pandai. Nak amik hati nyonyalah tu...


Proses batik cetak... menerap

Persediaan tuk mencanting

Ala... kalu takat letak berus kat situ, budak sekolah tadika pun boleh Nelly oi...


Wajah-wajah penat anak-anak murid aku


Nilah blok batik cetak. Sarang namanya


Proses menghasilkan blok cetakan batik


Proses menenun songket


Bertukar-tukar cenderahati tanda penghargaan

Bergambar di perkarangan kompleks Noor Arfa yang baru sebelum
bertolak pulang


1 comment:

nur_hai said...

waaaaa bes nye amik bidang seni ni...saya suka sangat2 pasal batik tp xde rezki nk blaja lebih..penah amik sekejap je ms form six dulu..smbung degree pon bkn seni nye kos..huhu rugi2