Monday, September 8, 2008

Mengapa anak-anak kita yang menjadi mangsa...?

Pagi tadi bermulanya peperiksaan percubaan SPM 2008 setara Negeri Johor. Berdebar-debar juga aku.. Walaupun sebenarnya paper PSV aku hanya akan berlangsung pada 24hb nanti. (Lambat lagi.. over betul ) Tu baru percubaan. Tapi dalam masa yang sama rasa tak sabar pun ada... Yelah nak tengok prestasi anak-anak didik sendiri. Setakat mana diorang leh merealisasikan cita-cita sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka. Inilah masanya tuk diorang menilai kemampuan mereka sebelum peperiksaan sebenar.



Tapi masa aku masuk ke kelas pagi tadi... aku lihat satu meja di bahagian depan kelas aku kosong. Sah ada sorang tak datang. Arif Syafiq. Sebenarnya budak ni dah mesej aku malam tadi dan bagitau dia tak datang hari ni ( pagi tadi ) tuk amik kertas Bahasa Melayu. Inilah lebih kurang perbualan sms kami



Arif : Askum cikgu, esok ada trial SPM eh?

Aku : Salam. Yelah. Ya Allah ko ni. Esok nak trial pun tak tau ke? Mcm mana ni...

Arif : Cikgu saya ingat x dtglah esok amik pekse. Ayah saya suh buat road tax. lepas tu dia nak ajak saya pegi mana tah..

Aku : Ko ni.. Kan trial. Ckplah ngan ayah ko suh pi sendri... Road tax pun leh wat lps skolah kat pjbt pos. Ni trial tau.. paper BM plak tu.

Arif : Dah ckp dah. Tapi dia suh gak. penting katanya. Adik saya pun esok x sekolah.

Aku :Xkan ayah ko x kisah ko x amik pekse.. Nape x buat mggu lps je. Time pekse gak yg ko nak gi. ko kan slalu x dtg mggu lps

Arif : Tu lah pasal

Aku : Suka hati kolah arif.. ko yg nak pekse. Saya nak ingatkan je.

Arif : kalau x amik x apa ke ckgu?

Aku : Ko faillah pcubaan ko. Mcm yg lelain pun xyah amik. Sbb kalu amik pun still fail. Cuma tuk tgk kemampuan ko, amiklah gak. tapi tetap fail.

Arif : kalau amik len kali xleh ke cikgu?

Aku : Ntahlah susah nak ckp. Ko kena deal ngan ngan ckgu BM. Tu terpulang pada dia.



Sampai situ je perbualan sms kami sbb pastu dia terus x bls. Aku ingat dia dtglah tuk amik pekse... rupa2nya betul2 dia x datang. Mmmm pening aku. Mcm manalah seorang ayah sanggup membiarkan anaknya tidak menduduki peperiksaan semata-mata tuk kepentingan diri sendiri. Aku x peduli apa alasannya, tp perkara ini langsung tidak boleh diterima...



Aku sebenarnya kesian ngan budak-budak aku. Sepanjang 5 tahun pengalaman aku menjadi cikgu, mcm2 situasi yg aku depani. Tapi yang paling menyedihkan ialah masalah keluarga. Yang menjadi mangsa anak2. Hilang minat tuk belajar, fokus terhadap pelajaran hilang, tertekan, dan akhirnya kalau tak berhenti sekolah, pelajaran mereka akan merosot teruk lebih teruk dr sebelumnya. Kat sini aku ada selitkan beberapa kes yang berkait dengan masalah anak2 murid aku. Sesama kita renungkan....



Kes 1 : Sham ( bukan nama sebenar ) dulunya seorang murid yg berpotensi dan dari keluarga yg agak senang. Tetiba dikejutkan dengan berita ayahnya berkahwin lain ketika dia sedang bercuti di kampung. Akibat dari itu, ibu dan ayahnya sentiasa bertengkar hingga menyebabkan dia tiada ketenangan berada di rumah. Di tambah lagi dengan masalah kewangan setelah ayahnya melebihkan keluarga barunya yg duduk di kuala lumpur sedangkan keluarga Sham di Johor. Dia sudah jarang bertemu ayahnya. Keluar pagi pergi kerja, balik lewat malam. Hujung minggu ayahnya ke Kuala Lumpur ke rumah isteri baru. Dia menjadi dendam kepada ayahnya. Sham pernah bercerita kepada aku, pernah dia dtg ke sekolah hanya membawa beberapa keping duit syiling. Cuba anda bayangkan, bagaimana perasaan budak yg berumur 17 thn membawa duit syiling ke sekolah sbg duit belanja. Bukannya x boleh, tp dr segi psikologinya kita pun bleh fikir sendiri... Dia menjadi tidak betah tuk duduk di rumah. Sentiasa keluar rumah dan menghabiskan masanya bersama rakan2 sebaya. Hinggakan dia pernah berkata kepada aku, buat apa saya nak belajar lagi cikgu, kalau saya lulus cemerlang pun bukan ada sapa yg nak tanggung saya.



Kes 2 : Epul ( bukan nama sebenar ) seorang anak istimewa. Seorang yang bijak dan berkebolehan tuk berjaya. Dahulunya merupakan murid pintar di kelas hadapan. Tetapi dia terasa disisihkan oleh ayahnya hanya semata-mata kerana dia tidak sempurna. Dia sering dipinggirkan dalam keluarga. Menyebabkan jiwanya memberontak.... dia rasakan apa yg dilakukannya semua tidak kena dipandangan ayahnya. Kemahuannya tidak pernah diendahkan. Dia mula bercampur dengan kawan2 yg lebih berusia darinya, keluar rumah dan pulang lewat malam, selalu tidak hadir ke sekolah dan akhirnya pelajarannya menunjukkan graf yg semakin teruk.



Kes 3 : Ali (bukan nama sebenar) murid yg sederhana. berasal dari kuarga yg bercerai. Tinggal dengan atuk yg membeza-bezakan cucunya hanya kerana dia tidak bijak berbanding cucu2nya yang lain. kekurangan kasih sayang ibu bapa menjadikan budak ini inginkan perhatian di sekolah. Mula memberontak dengan kelakuan yg menyalahi peraturan sekolah hanya semata-mata mahu diberikan perhatian. Rotan dah menjadi santapan hariannya di sekolah. Hingga ke satu tahap dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Walaupun telah aku pujuk berkali-kali supaya dia fikirkan semula keputusannya, tapi dia tetap dgn pendiriannya. Ayahnya juga x menghalang. So siapalah aku.. Tapi dia berjanji ngan aku tuk bersekolah semula tahun hadapan.



Tu baru 3 kes yg aku ceritakan di sini. kalau nak ikutkan betul2.... x cukup satu hari aku nak menulis. Bleh buat satu novel lagi. Ini semua menunjukkan institusi keluarga kita semakin rapuh... hingga secara tidak langsung telah menjejaskan perkembangan anak-anak yg sepatutnya diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang untuk menjadi generasi pelapis masyarakat dan modal insan cemerlang. Di tambah pula dengan kehidupan material masa kini yg menyebabkan keperluan mencari sumber kewangan lebih penting dr kasih sayang dan masa berharga terhadap keluarga.



Apa yg kita boleh lakukan? Aku? Aku terus berusaha tuk mendekati mereka2 ini. memberi perangsang dan dorongan tuk berjaya. Paling tidak pun, agar mereka akan menjadi warganegara yg berguna. Sesungguhnya tanggungjawab ini bukan sahaja diletakkan di bahu guru semata. Masyarakat seluruhnya harus peka dengan perkara ini dan melakukan sesuatu bukan cukup sekadar melihat dan meluahkan simpati semata-mata.

7 comments:

su said...

bila sesuatu mslh timbul...kerjasama semua pihak perlu ada..tp nan ador la cikgu besar!huhu

miss N said...

sedih baca post ni. kenapa masih kurang kesedaran orang2 kita tentang pelajaran. yang jadi mangsanya bukan orang lain, anak sendiri jugak :(

chekgu Bani Hassim said...

budak2 problematic ni kite yg cikgu tau masalah dorg ni kene sentiasa alertlaa...
dan kene jage tutr kata, sbb dorg jadik teruk pasal masalah luar...

kalau kite dok mengeruhkan lagi, semakin teruk dan budak tu akan hancur..

susah nih...

nur_hai said...

mencabar nye kerjaya seorg guru...tapi bila bc mslh2 budak2 tu..kesian pun ade..sape yg nk disalahkan ..huhuhu sensitif betol aku bab2 mcm ni=(

Halezza Ibrahim said...

Tahniah menjadi guru yg peka...

Muallim Adham said...

slm.. kisah begini mmg ada huhu..ya ke huhuhuu.. moga anda teruskan usaha.. kita hanya merancang, Allah yg tenteukan segalanya..

CONNIE said...

adess. budak2 skng,harap2 anak2 ai nnt tak jd mcm tu.amin.