Saturday, June 21, 2008

Bengkel KRSV 2008

Sekarang ni dah masuk penghujung bulan Jun. Aku pasti ramai di kalangan guru-guru Pend. Seni Visual (PSV) di seluruh Malaysia tengah bertungkus lumus memerah keringat dan idea untuk memastikan anak-anak murid menyiapkan kerja kursus masing-masing. Maklumlah, kalau ikut 4 tahun pengalaman aku menguruskan kerja kursus seni ni, pentaksiran akan dijalankan pada pertengahan Julai.
Memang tengah tidak keruan hidup. Termasuklah aku ni... Tahun ni sahaja calon sekolah aku sejumlah 142 orang dan di uruskan oleh aku seorang. Kalu sebelum ni aku berdua, tp lepas member baik aku berpindah ke Perak, tinggallah aku seorang terkontang-kanting. Terpaksa mengejar hantu-hantu berkepala hitam yang bertopengkan remaja bawah umur. Yang peliknya hantu-hantu ni tak menakutkan, tapi pemalas. Muka je harap lawa.. belajar hampeh. Tapi biasalah, benda-benda ni dah jadi rutin bagi aku, pening-pening pun masih happy.
Atas kesedaran tuk menyiapkan kerja kursus, hari ni sehari aku mengadakan bengkel KRSV peringkat sekolah. Dari kul 9 pagi hingga 5 petang. Tengahari pun makan roti sandwich je. Kalau ikut kehadiran, kesemua calon aku wajibkan hadir. Tapi alangkah bahagianya hidup aku sebagai cikgu seni yang mengajar kelas-kelas belakang ni. X sampai 20 orang pun yang hadir.... hahaha. Satu usaha yang bleh dianggap berjaya. Tapi at least adalah budak-budak ni yang hampir nak siap... Sedap gak mata dan lapang gak dada. Kat sini aku uploadkan beberapa gambar sepanjang bengkel hari ni....

Ni antara budak aku yang rajin. Biasalah budak perempuankan.. Tapi dengan aku, hati kenalah sentiasa tahan kutukan dan celaan. Aku ni mulut je agak jahat, tapi niat tuk kebaikan diorang gak..

Ni sorang lagi budak yang sentiasa panas telinga ngan aku. Tapi antara favourite tuk dapat score A.
Insya Allah...

Ni plak budak-budak lelaki yang berani menyahut cabaran aku tuk wat soalan ukiran kayu. Tp x berapa bijak mengurus masa. Tgh sibuk mengukirlah tu....


Ni plak budak-budak lelaki terhegeh-hegeh baru nak potong reka bentuk papan tanda.
Cat putih pun lum lagi. Tu yang buat tensen tu.







1 comment:

rosa said...

hehhe...!! hadoiiii!! cikgu, aku rasa semua cikgu seni macam ni kot... aku pun sama gak... bayangkn la.. aku bersalin dalam bulan 4, pastu cuti 2 bulan.. dalam cuti tu hati aku cemas gilerr.. students aku terkontang kanting tanpa arah.. cikgu ganti pun dah blurr... students tak berenti sms n call aku... bulan 6 je bila aku dah masuk sek semula... memang all out la aku buat.. kelas tambahan tiap ari... sampai laki aku kata aku tak ingat kluarga.. ari sabtu je kelas dari kul 9 sampai kul 5 petang.. memang aku slim giler.. cikgu2 ingat badan aku molek sebab lepas pantang.. tapi depa tak tau.. aku memang dah macam org gila.. yg penting kerja anak murid aku siap... hehheeheh!!! memang lucu la ingat balik... tapi la ni alhamdulillah. bereh semua , pemantau pun dah mai.. n aku puas ati laa... chayo!! chayo!!..