Friday, June 6, 2008

Cikgu Kembali

Assalamulaikum wbt.... dah lama sangat rasanya saya tidak updatekan blog saya ni. Kali terakhir pada bulan 12 tahun lepas. Bukannya apa, sibuk sangat ngan kerja-kerja sekolah yang tidak pernah sudahnya. Hari ni tergerak balik tuk menulis kat sini bila tengok blog yang dihasilkan anak murid sendiri.

Blog tu taklah ada yang menarik sangat, cuma ada beberapa artikel di dalam blog tu yang ditujukan khas untuk bekas cikgu-cikgu mereka, termasuklah saya sendiri. Terharu gak bila saya baca.... Terutama bila ada di antara mereka yang memohon maaf secara terbuka kepada saya tentang satu kes salah laku yang mereka lakukan hingga hampir menjadi kes polis. Kes tersebut berkait rapat dengan saya sebab ketika kejadian berlaku, mereka berada di bawah seliaan saya. Malu memanglah malu, tapi nasi dah menjadi bubur... Cuma masa tu sebagai balasan atas perbuatan diorang, saya sebarkan berita yang saya di arahkan berpindah serta merta akibat dari kes tersebut. Apa lagi, gelabah beruk budak-budak seni yang lain. Sayang juga mereka ni kat saya. Hahaha......

Tapi tu semua cerita 2 tahun yang lalu. Mereka pun semua dah makin matang dalam berfikir. Ada diantara mereka ni yang dah pun sambung belajar dalam bidang-bidang kemahiran yang mereka minati. Alhamdulillah... Buat Nanin, Sajan, Lebai, Sepet dan Haziq... saya dah lama maafkan anda semua... buat amir wagiman, bunga bukan sekuntum.... janganlah persiakan masa depan dengan cinta yang tak pasti. Dan untuk murid-murid PSV SPM06, jadikan semua pengalaman pahit manis di zaman persekolahan sebagai satu kenangan dan pengajaran yang berguna untuk diri sendiri. Jangan diulang kesalahan yang sama untuk kali kedua.... Semoga anda semua maju jaya hendakNya.

Untuk Suhaifi Mahadi, salam Takziah dari saya atas kepulangan arwah ibu tersayang ke Rahmatullah. Tabahkan hati dan kuatkan Iman. Mari kita sesama sedekahkan al-Fatihah. Al-Fatihah........



Dari kiri Sufi, Acek, Zul, Arep, Shahrul, Saufi dan ..... (lupalah)
Depan Amal, Eman dan tengah-tengah tu sayalah.
Kenangan semasa beraya di rumah saya. Macam nak pecah rumah masa tu.

No comments: